alhamdulillah , result PMR 2012 aku baik :)
Thursday, 27 December 2012 | 11:39 pm | 0 comments
berdebar gila woh wa cakap sama lu bila nak amek result tu. pagi-pagi bukak facebook, tengok wall , ada lah sorang dua wish "goodluck" . huahuahuahua. thanks , ada juga yang caring pasai wani :D *terharu kejap* okay , memag lah seram kan. malam tak tidoq malam pikiq pasai result tu . kawan-kawan facebook wani yang sebaya pun dah mula update status pasal result pmr yang bakal diketahui . wani? jangan cakap la, kalau boleh nak suruh cikgu yang deliver result PMR wani sampai ke umah. muahahhaha. *kau ingat ni pizza deliver?*-lama dah result keluar, baru aku nak update pasai nii -,-
*18/12/12 pada waktu malam*
ibu: adik, semalam ibu mimpi adik dapat 8a 1b .
me: ha? betol ke bu? ish tak mungkin lah. PMR aritu susah tau tak
ibu: tu lah. tapi harap kenyataan lahh.
me: insya allah bu, amiiinnn *sambil peluk ibu..anak manja? welll :P*
tapi memang serius lah kan,.. wani malam tu tak dapat tido. masuk bilik kul 11 konon nak tido, tapi last-last tido kul 2. bayangkan betapa nervousnya nak amek result masa tu.hahah
*pagi 19/12/12*
bukak facebook , scroll my wall untill bawah
"goodluck, goodluck, goodluck, berdebar nya hati"
itu antara post yang diterima oleh sahabat dan ahli keluarga yang
caring pasai saya. ahahha.
pukul 9:00 pagi masa nak amek rambutan belakang rumah
kriinnggg kriinggg *bunyi fon* tengok skrin , oh syuniza (my bestie)
me: hello, assalammualaikum
caller: waalaikummussalam..weh, aku takut nak amek result
me: kau ingat kau sorang je yang takot? aku lagi takot kau tau tak
caller: weh, lagi satu jam je lagi kita nak amek result ni. seram ngok
me: lagi satu jam? kita amek result pukul berapa?
caller: pukul 10 lah ngek, kau ni , nak ambil result hari ni, tak tahu
nak dtg pukul berapa. aishh
me: eleh, tanya je. tu pun tara bole ka? okay lah.. aku nak tolong ibu aku petik
rambutan ni. pukuk 9:30 bru aku mandi and siap-siap
caller: oh, okayy. bye. assalammualaikum
me: waalaikummussalam
caller: weh, lagi satu jam je lagi kita nak amek result ni. seram ngok
me: lagi satu jam? kita amek result pukul berapa?
caller: pukul 10 lah ngek, kau ni , nak ambil result hari ni, tak tahu
nak dtg pukul berapa. aishh
me: eleh, tanya je. tu pun tara bole ka? okay lah.. aku nak tolong ibu aku petik
rambutan ni. pukuk 9:30 bru aku mandi and siap-siap
caller: oh, okayy. bye. assalammualaikum
me: waalaikummussalam
* pukul 10:00 pagi tepat bertolak dari rumah*
sampai sekolah je , tengok budak-budak belum ramai yang sampai. pergi dewan menunggu , oh budak kelas
wani ramai dah datang. sememang nya budak kelas wani memang baik. muahahaha :P
okayy. korang nak tahu tak? banyak aktiviti yang kitorg buad dalam dewan menunggu tu taw.
berbual, ada yang sibuk baca novel, dengar lagu, texting, bukak facebook
korang bayangkan lah , pukul 10 kononnya nak bagi result, last-last cikgu-cikgu sampai kat dewan tu
pukul 11. hampir sejam kitorang tunggu. dalam sejam menunggu tu , akak aku si Aishah tu banyak kali
call aku, tanya pasai result aku. bila dia call tanya pasai result, time tulah aku kecut perut
memikirkan pasai result,
okay, kini masa nya sudah tuba, apabila microphone siap dipasang, cikgu jamaaton, pengetua dah berdiri atas pentas untuk menyampaikan result kepada budak yang dapat straight A, semua budak dah kecut perut.
syuniza si cengeng tu hampir menangis sebab takut gila . kah3
"okay , dengan ini dipersilakan tuan pengetua untuk menyampaikan sepatah dua kata" suara cikgu jamaaton bergema. untuk pengetahuan korang , sepatah dua kata yang cikgu jamaaton maksudkan ialah sepatah dua juta kata, mungkin nak sedapkan hati kami , cikgu cuma cakap sepatah dua kata jelah. haha :3
okay, setelah tuan pengetua abes berucap , tiba masanya... jeng jeng jeng!!!! hahah. diumumkan pulak budak yang dapat straight A.. antara budak yang dapat straight A
-Mazni binti Norsah (perempuan)
-Mariyani binti Ramli (perempuan)
-Nur'Izzati binti zulkiffli (perempuan)
-Nurul Nisa binti Ja'afar (perempuan)
-Ang wei ying (perempuan)
-Gan Jia Yong (lelaki)
-Tan Chau Li (perempuan)
-Nur Arina binti Yasisman (perempuan)
okay , tu lah antara pelajar yang mendapat straight A. tahniah untuk mereka :) . eh, perasan tak, majoriti
pelajar yang dapat straight A ialah perempuan. lelaki sorang je. eh, mana pergi nya lelaki?
sudah pupus kot :3 *jangan marah , nanti kena jual :P*
okay , bagi pelajar yang tidak dapat straight A,*termasuk wani* boleh pergi jumpa guru kelas masing-masing untuk ambil result. so, wani apa lagi, terjah lah cikgu Nurihan , kesian cikgu. muehehe
me: cikgu , saya dapat berapa A?
cikgu : satu .... *cikgu belum habis cakap lagi*
me: ha? satu je? alah.. habislah saya kena marah dengan ayah ibu saya *hampir menangis*
cikgu: syazwani, saya tak habis cakap lagi , awak dah menyampuk. dengar lah dulu sampai habis
me: oh.. cikgu belum habis cakap lagi eah? hehehe. okay, teruskan cikgu
cikgu: awak dapat 1 B , iaitu English , yang lain semua A. awak near missed 1 subject, iaitu English
me: ha? cikgu betol ke ni? alah... kenapa boleh near missed niii....
cikgu: takpa syazwani, awak boleh buad lagi baik untuk SPM nanti.
me: okay cikgu , terima kasih sebab ajar saya selama ni terutama sekali subjek pendidikan Islam
cikgu: okay, sama-sama syazwani. kirimsalam mak ayah awak
me: okay cikgu. saya balik dulu *sambil salam tangan cikgu*
okay , akak aku Aishah terus call aku ,
sis: result macam mana? okay tak?
me: alah , near missed 1 subjek .. english pulak tuh. emm :(
sis: oh, takpelah. 8A kira okay lah tuh. SPM nanti buad yang terbaik
me: okay kokde, thanks.
sis: okay , welcome. tahniah yee.
me: okay kokde :D
sampai ke luar sekolah wani tengok akak wani si Fiza dah tunggu wani dalam kereta. tak sempat wani nak masuk kereta . dia dah tanya,
sis: ucuk , kau dapat berapa?
me : 8a 1b , near missed english tahu tak? huh.but bersyukur apa yang ucuk dah dapat
sis: ha yeayyyyy !!!!!! ucuk dapat 8a ...*memang akak happy gila masa tuh. ahaha*
me: hehehehe. alhamdulillah *aku dah malu*
sampai je kat rumah ,ayah wani tanya , " dapat berapa?"
"dapat 8a 1b, alhamdulillah. hehe" . ayah aku senyum-senyum jee. bila sampai turn ibu wani tanya
ibu: "adik dapat berapa dik?"
me: "dapat 8a 1b bu !!!!!"
ibu: "alhamdulillah dik, betol la mimpi ibu pasal adik semalam" *sambil peluk*
me: "aah bu...lain kali mimpi la lagi mcm tu.hehe"
ibu: haha. ada-ada je adik ni lah
akak-akak wani semua tanya nak hadiah apa? wah, ni lah time aku boleh demand macam-macam. muahahahahha. :P . okay lah. nampaknya setakat ni sahaja lah entry wani pada kali ini. wani rasa entry ni lah yang terpanjang kot. hikhik. saja nak share happiness wani . ini blog wani, ikut suka wani lah nak update apa pun. kan? :P. okay, setakat sampai di sini sahajalah entry wani pada kali ini. jari jemari pun dah lenguh :)
berjumpa kita di entry akan datang. insya Allah :) . bye, assalammualaikum .
Ya Allah ya tuhanku, terima kasih di atas kurniaan mu. aku bersyukur
kerana Engkau masih memberi aku kesempatan untuk membahagiakan ibu bapaku :)
. Alhamdulillah. syukran ya Allah :)