Beautiful Me;
Assalammualaikum dan hai. thanks for coming my blog, please follow me by Clicking Follow | Or you wanna go back to Dashboard?
Enjoy!



This template by AfikahShuhaimi. Basecode by OhhAeen. Header and edited by Syazwani Mueedin.
Selamat Tinggal :')
Monday 23 September 2013 | 8:16 pm | 0 comments
bismilahhirrahmannirrahim pembuka bicara entry ku pada kali ini. Tujuan empunya blog ini mengupdate entry pada kali ini kerana ingin meluahkan perasaan ku. Pada tanggal 21/ 9/ 13 Allah telah mengambil semula 'harta' yang dipinjamkannya kepada kami iaitu arwah nenek ku. Dia satu-satunya nenek yang aku selama 16 tahun aku hidup. pemergiannya amat mengejutkan semua orang termasuk diri ku ini. apabila sepupu ku datang bertandang ke rumah ku kerana ingin berjumpa ayahku. aku ingatkan dia ingin meminjam barang atau  bertanyakan tentang hal-hal lain..

My cousin : wani, ayah ade tak?
me: ayah takde lah. dia pergi bandar tadi dengan ibu. kenapa?
My cousin: ohh. erm. wani, atuk kita dah takde taw.
me: haha,. kau tipu kan din? *muka berubah*
My cousin: ya Allah , buat ape nak tipu..
me: bila? kejap, aku call ayah aku..
My cousin: tadi. okay.
me: *menangis sambil berlari capai handphone*
me: *sambil bercakap dengan anak sedara* aina, adik.. nenek dah tak de taw. *menangis"*

Bila aku call ayah, aku dah tak tercakap, terlalu sedih, menangis teresak-esak. Din, my cousin terus ambil phone dpd pegangan aku dan cakap sendiri dengan ayah. Ayah terkejut , kami semua terkejut.
ya Allah , belum sempat aku minta maaf dekat Atuk atas kesalahan aku sebagai seorang cucunya , dia dah pergi bertemu Allah terlebih dahulu.

Setiap kali sebelum tidur, aku akan berdoa kepada Allah agar aku dapat bertemu dengan nenek ku di dalam mimpiku. Aku ingin mengetahui keadaannya di sana. tapi aku masih belum dapat bertemu dengannya dalam mimpi tidur sementaraku. 

masa aku cium arwah atuk buat kali terakhir, muka dia kelihatan sangat tenang dan tersenyum. semasa dia sedang dimasukkan ke dalam liang lahad, aku berasa sangat sebak. nak tahu tak? malam kedua kami buat kenduri tahlil arwah nenek , cuaca malam tu , tenang sangat. mendayu-dayu angin menderu. seolah-olah angin turut bersama mendoakan arwah atuk kami.

Nak tahu tak? raya tahun ni arwah bersama-sama dengan kami semua untuk pergi beraya hampir semua rumah sedara kami. selalunya arwah tidak mengikuti kami untuk beraya ke rumah sedara-sedara kerana sakit. tapi Alhamdulillah, tahun ni kesihatan arwah semakin pulih dan dia boleh ikut kami beraya. tapi tak tahu pula kali ini kali terakhir dia bersama-sama dengan kami untuk beraya. hmm :')



telah tiba , saat waktu kau tinggalkan kami..kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan..atuk , tiada lagi bebelan yang keluar dari mulut mu. tiada juga suara yang mengajak ku untuk berbual bersama ketika kau duduk di beranda rumahmu. Ya Allah, terima kasih kerana memberiku peluang untuk bersama dengan atukku selama 16 tahun . kini, engkau sudah tiada. hanya gambar mu menjadi kenangan. ucu akan selalu rindu atuk. Al-Fatihah buat Mas'amah binti Hitam. Selamat Tinggal atuk, kami semua rindukan atuk :')




Old things